begitulah sifat dunia-semoga kita semua diberi ketabahan utk mengharungi sifatnya itu...
Kita semua merasa risau pada masa-masa tertentu dan mungkin
tiada cara untuk menghentikan perasaan risau itu buat selama-lamanya. Namun ada
beberapa cara untuk menghilangkan kerisauan itu sekarang. Tip-tip yang
berikutnya merupakan cara untuk berhenti merasa risau yang datang daripada
pengalaman sendiri.
1. Ambil tindakan sekarang. Sebarang tindakan ke arah
mencapai matlamat cenderung untuk menghapuskan kerisauan. Berfikir terlalu
banyak tentang matlamat atau rancangan-rancangan anda, terutamanya jika anda
menghabiskan banyak masa pada cabaran-cabaran, akan menyebabkan anda risau dan
merasa tertekan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa anda perlu merancang
dengan baik tetapi jika perancangan membawa kepada kerisauan, sudah tiba
masanya untuk anda melalukan sesuatu yang positif. Ambil tindakan!
2. Buat keputusan yang tegas. Apabila anda ingin berhenti
daripada kerisauan terhadap sesuatu isu yang belum diselesaikan, anda perlu
membuat keputusan yang tegas. Bahkan keputusan yang tidak sesuai juga adalah
lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Selalunya anda dapat menghilangkan
terus tekanan apabila anda, sebagai contoh, akhirnya mengambil keputusan untuk
berhenti kerja, membeli rumah atau membuat panggilan. Keadaan-keadaan seperti
ini tidak memenuhkan fikiran anda dengan kerisauan sepertimana yang anda rasakan
dalam proses membuat keputusan. Buat keputusan sekarang atau sekurang-kurangnya
kumpulkan maklumat-maklumat yang anda perlukan untuk membuat keputusan
tersebut. Jika keputusan-keputusan yang telah diambil kurang sesuai, buat
keputusan yang baru.
3. Gunakan kategori-kategori mental. Terlalu banyak benda yang difikirkan di dalam kepala anda? Buat senarai dan anda akan berasa lebih lega. Ternyata teknik ini berkesan. Jika anda terlalu risaukan sesuatu, masukkan dalam senarai atau jadual untuk anda lakukannya nanti dan ini akan membuat anda berasa lebih lega buat masa ini. Tulis nota tentang panggilan yang perlu anda buat esoknya dan anda akan berasa kurang risau buat masa ini. Secara asasnya, anda sedang membentuk kategori-kategori mental. Bahkan, kata pada diri sendiri "Tiada apa yang boleh saya lakukan sehinggalah hari Isnin,". Jadi tiada apa yang akan merisaukan anda buat masa ini.
4. Tangani masalah-masalah secara terus dan cepat. Untuk menghilangkan kerisauan apabila berlakunya sesuatu masalah, cuba hadapi masalah tersebut dan selesaikannya secepat mungkin. sakit mental dan kerisauan akan lebih dirasai apabila kita menjangka masalah-masalah yang akan berlaku berbanding dengan masalah itu sendiri. Masalah jangkaan yang menyebabkan tahap kerisauan yang paling tinggi. Hadapinya secepat mungkin dan cuba selesaikannya sebaik mungkin.

5. Bertafakur untuk menghilangkan kerisauan. Bertafakur merupakan satu cara yang baik untuk mencapai ketenangan dan untuk menghentikan kerisauan tetapi bagaimana jika anda tidak mempunyai masa untuk semua itu? Jangan risau. Cuba lakukan langkah ini: tutup mata and, lepaskan segala tekanan dari badan anda dan tarik nafas panjang beberapa kali melalui hidung anda. Itu sahaja.
Cuba teknik-teknik di atas. Jadikan teknik yang terbaik
sebagai amalan anda untuk menghilangkan kerisauan. Teknik itu perlu di jadikan
amalan kerana tiada apa yang akan berubah jika anda lupa untuk menggunakannya.
No comments:
Post a Comment