Sunday, 18 May 2014

Games Everywhere!!!!!



Games yang aku main dari kecik sampai ke beso....


(C n C Zero Hour)

(C n C Generals)

(Company Of Heroes)


Tu je la yang dapar ditulis..Kalau nk cube try la cari..



Tuesday, 9 July 2013

Ku Mahu Kau Tahu

Di sudut termenung jauh 
Mengenangkan nasib kita 
Kita miliki separuh 
Berbentuk hati cinta namanya 

Walau kau jauh 
Ku sentiasa menunggumu 
Inginku imbas kembali memori 
Walau kau jauh 
Ku berjanji kan terus tunggu 
Dipisah lautan biru 
Ku mahu kau tahu 
Aku kan terus menunggu 


Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu 
Jangan pernah sekali kau buang 
Seperti cinta ini yang terbuku 
Akan bersemi jua


Walau kau jauh 
Ku sentiasa menunggumu 
Inginku imbas kembali memori 
Walau kau jauh 
Ku berjanji kan terus tunggu 
Dipisah lautan biru 
Ku mahu kau tahu 
Aku kan terus menunggu 

Terus menunggu 
Kita kan bersatu 
Terus menunggu 
Ku mahu kau tahu


Sunday, 9 December 2012

HACKS!!!!

                                                Hanya Aku Cinta Kau Seorang..

                                                                   1. Rindu

    Dah menjadi lumrah...bila hati mula jatuh cinta...kita rasa rindu jer...ntah tiba2 jer rasa rindu...tiba2 jer terlintas kt kepala pasal insan istimewa tue...walaupun baru jer kenal...kdg2 ngah orentasi peta nie...tup3...stop kejap...terkenangkn si dia..pastue kn..sambung orentasi peta balik..hehe...

Kalau yg dah memg fallin in luv betol2 tue...sepanjg masa jer tingatkan si dia..

 2. Handphone 24hours

Yg paling jelas kelihatan...agak2 ape eh...?? hehe...yg pasti pabila seseorg tue mula jatuh cinta pd seseorg tue...tgn die xley duduk diam....mesti jer rasa mcm der org pksa tok msg si dia kn...kalau xanta msg '' salam...nga watper tue..." dalam sehari..hati xsenang....

Kalau xpown seseorg tue akan rasa gelisah...10 minit sekali akan cari handphone...tgk sama der new message receive ker x.......kalau dah nmpk icon new message receive plak...hati tue dah mula p.k or mgharapkan sesuatu... ''mintk2 la die yg anta msg'' huhu..... 


3. Jeles

Haaaaa....nie la ''petanda'' yg paling mujarab kalau nk thu jatuh cinta ker tidak..hehe...actually bila kita dah jatuh cinta kt someone..hati nie cepat rasa jeles...kecik hati...n mudah merajuk.. even though org yg die sembg tue juz kwn2 kita jgk...

Kdg2 tue...anta msg kt org len ker...sembg ker..berjumpa ngn org len ker...kita da rasa jeles dalam diam.. 

4. Penampilan diri

Yang nie jelas kelihatan kontra nya...kalau dulu nmpk skema jer...skunk kita ley rasa kita nie nmpk lebey bergaya..kalau boley nk nmpk kemas jer tiap2 hr...xkira tempat masa @ ketika..kalau boley nk nmpk cantik or hensem di mata si dia. huhuhu.. * walaupon aku tau yg aku nie mmg hensem, wakakaka!!!!*. jgn marah ye~

Kalau xcaya...korg g tgk cermin kt bilik tue..then p.k pasal si dia..if korg tersenyum sorg2 tue..hahaha...betol la tue...b4 nie kalau kita nie seorg yg susah nk senyum...kali nie 4 sure..sampai kdg2..kwn2 tnya.. ''nape ko gelak sorg2 nie...xbetol ker..?? "


5. Future

Bila dah ada perasaan jatuh cinta nie...of course kita harap org yg kita cintai ada sentiasa di samping kita xkira masa...sama ada suka mahupun duka....kita plak mula akan p.k masa depan...mcm2 perancangn ada...for short term or for long term..

Lagi satu...if kita dah mencintai seseorg...semuanya nmpk perfect....pd mata kasar...n hati....si dia merupakan pilihan yg terbaik dan xsesekali salah pemilihan kita kn...kalau tgk org len tue..kira mcm pandang sebelah mata jer..cz kita dah menjumpai someone yg betol2 ley kita cintai..hehe 

 So, kesimpulannya.. huhuhu.. aku  mmg tgh teringatkn si dia nie.. hope dia pon ade rase cmtu jgk..


P/S : To Fatima Soliha.. HACKS!!!!


Saturday, 22 September 2012

Siaran tergendala..



                    Bru lepas balik men bola... cesss, ak da la xminat men bola sepak, ade lak kne suruh men bola. mmg cacamarba la jdnye.. haish~ nasib badan.. tp kalo bg men basketball, mmg ak la rajanye.. hehehee.. *puji dri sndri*

                    ak nk ckp 1 bnde jer kt sni.. lptop u dalam kondusi x sgt2 kurang memuaskan.. so, xdpt la nk bermnje2 dgn buah ati ak. :((. cedey teramat sgt.. nk bkak fb tok tgk pic die pon da ssh.. tnggu la time blik konvo nnti, ak angkat sebijik lptop baru.. bru puas ati ak.. harharhar...

p/s: to my beloved fatima, sori sbb xdpt nk on9 slalu da.. tnggu nnti bli ltp bru ek. bley on9 smpi kering gusi..
       huhuhu....

Sunday, 16 September 2012

The greatest medicine for soldier

"Rest & medicine doesn't always cure. Sometimes, seeing someone does the miracle. That's the love doctor."


      Selalunya dlm idop nie bile kite penat, sakit or mengalami simtom2 yg sewaktu dgnnya, sure kite akan g hospital or rest dgn cara tido.. huhuhhu.. mcm ak jgk yg baru menceburi arena "professional killer" nie.. mmg mencabar minda dan fizikal.. latihan yg dilalui, cara hidup yg berbeza dgn org len.. ak seperti berada dlm dunia a sendiri.. huhuhu.. 
      
      Rmi kwn2 ak yg  tnye, cmne ko bg mase yg cukup tok buah ati ko ek? ak tgk bhagia je mmnjang.. huhuhu, ak hanya mmpu tersengih seperti kasut sukan yg koyak di bahagian depan. tak pulak ak menjawab soklan dorg. saje ak tingglkn dorg dgn soalan yg tiada jawapn.. Bg ak, sume tu atas diri sendiri.. cmne nk bahagikn masa diri sndri dgn masa untuk org yg tersyg..

      dlm sehari ad 24 jam jer.. kalo dikire2, mmg x cukup kalo nk wat sume bnde dlm 1 hari.. tp dah itu masa yg diperuntukkan oleh Maha Pencipta untuk manusia, so, manfaatkan sebaiknya.. ap yg ak buat adalah gunakan masa yg terluang tu dgn sebaiknya.. bile penat, ak akn hubungi org yg ak syg.. itu pon bg ak dikira rest.. ad jgk org ckp " bek ko tido je la, at least sok xde la ko penat time wat aktiviti. ak x mengiyakan atau menidakkan statement die.. myb tu bg die.. bg ak len. dpt dgr suara , msg dr org yg ak syg pon da bley ilang semua fatigue ak dkt sini.. 

    so, ak nk berterima kasih yg x terhingga kepada fatima soliha yg mmpu menjadi love doctor ak di sini.. hope kite dpt berkekalan hingga ke akhir hayat.. amin.....





p/s: Berkorban apa saja...
         Harta ataupun nyawa...
       Itulah kasih mesra...
         Sejati dan mulia...

Thursday, 21 June 2012

ibu untuk anak-anak ku

Aku memerlukan seorang ibu untuk anak-anakku di kemudian hari..




Ciri-ciri Ibu Sejati

Sifat utama yang dibekalkan oleh Allah kepada mana-mana ibu adalah sifat kasih sayang yang tinggi. Dengan kasih sayang inilah seorang ibu itu benar-benar dapat menjadi ibu. Dari sifat kasih sayang ini bercambah sifat-sifat lain yang menyerlahkan lagi sifat keibuan sejati pada dirinya.

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, berikut adalah antara ciri-ciri yang selalunya ada pada ibu-ibu yang memiliki sifat keibuan sejati: 


1.        Kasih sayangnya menyerlah

Ibu yang sejati di dalam Islam akan memberi kasih sayang bukan saja dalam bentuk belaian dan kemanjaan tapi juga didikan. Di samping keperluan fizikal anaknya dipenuhi, keperluan rohani turut diisi. Kerana tingginya kasih sayang ibu ini, dia mengharapkan kejayaan yang berkekalan buat anaknya.

Justeru anak itu dididik dan dibentuk peribadinya mengikut kehendak Allah supaya terjamin masa depannya di dunia dan di akhirat. “Anak itu milik Allah, amanah yang dipinjamkan kepada kita maka sewajarnya kita membentuk peribadi mereka sepertimana yang dikehendaki oleh Allah,” ujar Us. Hj. Mohd Nasib Zawawi dari firma motivasi Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. 


2.        Prihatin dan ambil berat

Kadang-kadang anak sudah besar panjang pun, ibu masih prihatin, ambil berat dan ambil tahu tentang diri anaknya. “Ibu saya sampai sekarang, bila jumpa dia akan tanya, kamu dah solat ke belum,” kata Hj. Mohd Hanim Mohd Tahir, pakar motivasi.  


3.        Halus perasaan

Ibu yang sejati dapat membaca pergolakan jiwa anaknya hanya dengan melihat air muka dan tingkah laku si anak. Perasaannya terhadap anaknya begitu halus. Sedari kecil anak itu di bawah pengawasannya, dia sudah arif benar ‘bahasa badan’ anaknya. “Ibu dapat baca dari riak wajah walaupun anak-anak tidak beritahu,” kata Ustazah Nasiyah Hj. Abd. Razak.


4.        Suka beri nasihat

Sifat seorang ibu sejati, dia suka dan sentiasa memberi nasihat kepada anaknya. Oleh itu dia selalu menjadi kaunselor dan tempat rujuk anak-anaknya. Dalam kitab ada dinukilkan pesanan seorang ibu terhadap anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan.

Sifat suka memberi nasihat ini didorong oleh keinginan untuk melihat anaknya mendapat yang terbaik dalam hidupnya.  


5.        Sangat sabar dan berlapang dada

Dari wajahnya sudah dapat dibaca sifat sabar dan lapang dadanya. Bukan dia tidak pernah marah tapi dia pandai dan mampu mengawal perasaan. “Mak saya bila anak-anaknya datang, dia layan semuanya dengan wajah dan senyum yang manis,” cerita seorang teman mengenai ibunya yang berusia akhir 70-an.

“Tak pernah dia tunjuk rasa tak senang atau marah. Walhal bukan tidak ada antara kami yang pernah mengecilkan hatinya. Bagi saya, itulah ibu sejati.” 


6.        Lembut tapi tegas

Wataknya ‘adjustable’. Di mana perlu berlembut, dia akan berlembut. Di mana perlu tegas dan tidak boleh beri muka, dia akan tunjukkan ketegasan. Namun waktu tegas, sifat kelembutannya masih terjaga. Dia tegas bila melibatkan soal disiplin, peraturan atau perintah Allah, tapi wataknya yang lembut tidak pula bertukar keras dan kasar. 


7.        Suka meraikan

Walaupun anak-anak sudah besar dan masing-masing telah berkeluarga, seorang ibu yang tinggi sifat keibuannya masih suka meraikan dan melayan keinginan anaknya. Bila anak balik bercuti misalnya, dia akan turun ke dapur menyediakan makanan kegemaran si anak. Jika anak-anak ramai, dia akan meraikan dan beri perhatian pada setiap anak.

Dia mahu anak-anaknya selesa dan terpenuhi keperluannya. Hingga kerap kali dia mendahulukan keperluan dan keinginan anak-anak dari keperluan dan keinginannya sendiri. Malah ke tahap dia mengorbankan keinginannya semata-mata untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak.
  

8.        Tidak pilih kasih

Tidak ada di kalangan anak-anak yang berasa dirinya kurang disayangi. Selain terhadap anak-anak sendiri, sifat menyamaratakan kasih sayang ini dapat dilihat pada layanannya terhadap anak orang lain. “Anak orang lain macam anak dia juga,” ungkap seorang kawan ketika bercerita tentang seorang mak cik yang pernah ditemuinya. 

Dengan kekuatan sifat keibuannya, seorang ibu dapat membentuk dan mencorak anak-anak di rumah, mencorak anak-anak didiknya di sekolah jika dia seorang guru, atau membentuk ‘anak-anak’ di pejabat jika dia seorang ketua pejabat.

Wednesday, 20 June 2012

seorang ulama salaf ada menukilkan bahawa "dunia ini adalah kerisauan dan dukacita,jika terdapat kesenangan di dlmnya,itu bererti keuntungan"
begitulah sifat dunia-semoga kita semua diberi ketabahan utk mengharungi sifatnya itu...




Kita semua merasa risau pada masa-masa tertentu dan mungkin tiada cara untuk menghentikan perasaan risau itu buat selama-lamanya. Namun ada beberapa cara untuk menghilangkan kerisauan itu sekarang. Tip-tip yang berikutnya merupakan cara untuk berhenti merasa risau yang datang daripada pengalaman sendiri.

1. Ambil tindakan sekarang. Sebarang tindakan ke arah mencapai matlamat cenderung untuk menghapuskan kerisauan. Berfikir terlalu banyak tentang matlamat atau rancangan-rancangan anda, terutamanya jika anda menghabiskan banyak masa pada cabaran-cabaran, akan menyebabkan anda risau dan merasa tertekan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa anda perlu merancang dengan baik tetapi jika perancangan membawa kepada kerisauan, sudah tiba masanya untuk anda melalukan sesuatu yang positif. Ambil tindakan!

2. Buat keputusan yang tegas. Apabila anda ingin berhenti daripada kerisauan terhadap sesuatu isu yang belum diselesaikan, anda perlu membuat keputusan yang tegas. Bahkan keputusan yang tidak sesuai juga adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Selalunya anda dapat menghilangkan terus tekanan apabila anda, sebagai contoh, akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja, membeli rumah atau membuat panggilan. Keadaan-keadaan seperti ini tidak memenuhkan fikiran anda dengan kerisauan sepertimana yang anda rasakan dalam proses membuat keputusan. Buat keputusan sekarang atau sekurang-kurangnya kumpulkan maklumat-maklumat yang anda perlukan untuk membuat keputusan tersebut. Jika keputusan-keputusan yang telah diambil kurang sesuai, buat keputusan yang baru.

3. Gunakan kategori-kategori mental. Terlalu banyak benda yang difikirkan di dalam kepala anda? Buat senarai dan anda akan berasa lebih lega. Ternyata teknik ini berkesan. Jika anda terlalu risaukan sesuatu, masukkan dalam senarai atau jadual untuk anda lakukannya nanti dan ini akan membuat anda berasa lebih lega buat masa ini. Tulis nota tentang panggilan yang perlu anda buat esoknya dan anda akan berasa kurang risau buat masa ini. Secara asasnya, anda sedang membentuk kategori-kategori mental. Bahkan, kata pada diri sendiri "Tiada apa yang boleh saya lakukan sehinggalah hari Isnin,". Jadi tiada apa yang akan merisaukan anda buat masa ini.

4. Tangani masalah-masalah secara terus dan cepat. Untuk menghilangkan kerisauan apabila berlakunya sesuatu masalah, cuba hadapi masalah tersebut dan selesaikannya secepat mungkin. sakit mental dan kerisauan akan lebih dirasai apabila kita menjangka masalah-masalah yang akan berlaku berbanding dengan masalah itu sendiri. Masalah jangkaan yang menyebabkan tahap kerisauan yang paling tinggi. Hadapinya secepat mungkin dan cuba selesaikannya sebaik mungkin.

5. Bertafakur untuk menghilangkan kerisauan. Bertafakur merupakan satu cara yang baik untuk mencapai ketenangan dan untuk menghentikan kerisauan tetapi bagaimana jika anda tidak mempunyai masa untuk semua itu? Jangan risau. Cuba lakukan langkah ini: tutup mata and, lepaskan segala tekanan dari badan anda dan tarik nafas panjang beberapa kali melalui hidung anda. Itu sahaja. 

Cuba teknik-teknik di atas. Jadikan teknik yang terbaik sebagai amalan anda untuk menghilangkan kerisauan. Teknik itu perlu di jadikan amalan kerana tiada apa yang akan berubah jika anda lupa untuk menggunakannya.